Teknik Mengatasi Pesaing Dalam Perniagaan

on Sunday, May 19, 2013

Perniagaan yang berjaya tentunya menghadapi banyak cabaran. Tidak kira apa jenis perniagaan, anda tidak akan terlepas dari persaingan dalam mengukuhkan lagi perniagaan anda. Seorang ahli perniagaan perlu ada teknik mengatasi pesaing dalam perniagaan yang diceburi antaranya:


1. Mewujudkan Kekuasaan di Pasaran
Pasaran itu mesti faham bahawa anda adalah pemimpin dalam apa jua yang anda lakukan. Jangan mudah terperangkap dalam apa-apa jangkaan. Anda boleh mewujudkan kekuasaan anda dengan menjadi visible di mana saja anda boleh lakukan dengan memberikan kandungan berinformasi tentang produk anda di sebanyak mana tempat yang boleh. Menjawab pertanyaan adalah satu lagi cara yang mana anda boleh tunjukkan dominasi anda dalam bidang anda.

2. Kenalkan Harga Produk Anda Dengan Wajar
Itu tidak bermaksud anda terpaksa nilaikan produk anda dengan harga yang paling rendah. Ia cuma bermaksud bahawa anda seharusnya memberikan nilai yang tepat untuk apa yang mereka belanjakan. Jika produk anda lebih mahal daripada produk lain, ia harus miliki sesuatu yang lebih istimewa daripada yang dimiliki oleh produk lain.

3. Sentiasa Terus Berevolusi
Terbitkan versi baru produk anda selalu. Terbitkan produk yang sepadan dengan pelbagai tema, seperti tema perayaan. Bina pakej yang memikat hati di seluruh produk anda, mungkin melalui kerjasama dengan produk-produk lain yang ada kaitan. Gunakan teknik-teknik baru untuk mempromosi. Orang sukakan bisnes yang sentiasa berevolusi.

4. Pengurusan Sokongan Yang Terbaik
Sentiasa cepat bertindak balas terhadap keperluan pelanggan. Layani semua permintaan wang dikembalikan. Berikan jawapan kepada semua tiket sokongan dalam tempoh 24 jam atau kurang.

5. Pertimbangkan Keperluan Pelanggan
Anda perlu pertimbangkan keperluan pelanggan dan bentukkan produk anda sewajarnya. Blog dan forum adalah tempat yang bagus untuk mengetahui apa yang pasaran mahukan. Masukkan ciri-ciri ini dalam produk anda. Buatkan pasaran anda tahu bahawa anda telah melakukannya. Apabila anda menggabungkan cadangan-cadangan pasaran anda ke dalam produk anda, anda memperoleh rasa hormat mereka dan mereka rasa berbesar hati untuk berurusniaga dengan anda.

6. Berhati-hati Terhadap Tindakan Pesaing Anda
Sentiasa berhati-hati dengan apa yang pesaing anda buat. Jika mereka menggunakan taktik yang anda tidak gunakan, fikirkan sama ada patutkah anda menggunakannya juga. Timbang kebaikan dan kekurangan apa saja yang pesaing anda buat dan jangan keberatan menggunakan poin-poin yang bagus.

Untuk berjaya, anda perlu positif dalam menghadapi cabaran terutama dari pesaing-pesaing anda. Lakukan kaedah yang betul supaya anda tidak tersasar dengan tujuan utama anda. Pastinya dengan langkah-langkah yang telah anda ambil akan menguntungkan anda pada masa hadapan kelak.

7 Tips Memulakan Perniagaan Yang Berjaya

on Wednesday, May 15, 2013

Memulakan perniagaan yang betul-betul dapat bertapak kukuh merupakan sesuatu yang mencabar. Seseorang itu harus mempunyai ilmu yang secukupnya dalam menentukan kejayaan perniagaan mereka. Oleh itu, perlunya usaha yang berterusan agar cita-cita menubuhkan perniagaan sendiri terlaksana. Berikut adalah beberapa tips yang akan membantu menyediakan tapak asas dalam diri anda untuk memulakan perniagaan yang berjaya.


1. Ada Matlamat
Anda tahu arah tujuan perniagaan anda? Adakah anda dapat melihat masa depan perniagaan anda? Bagaimana anda dapat menentukan kejayaan perniagaan anda? Jadi anda perlu ada matlamat. Matlamat adalah di mana semuanya bermula dan merupakan asas bagi tiap-tiap kejayaan. Anda perlu menetapkan matlamat yang betul kearah kejayaan perniagaan anda kelak.

2. Ambil Tindakan
Perbezaan antara kejayaan dengan kegagalan adalah berkait rapat kepada tindakan yang anda ambil. Kebanyakan mereka yang gagal tahu apa yang perlu dilakukan tetapi tidak pernah mengambil apa-apa tindakan. Kejayaan seseorang dalam perniagaan kerana mereka mengambil tindakan segera ke atas idea-idea mereka. Jangan hanya pandai merancang tanpa tindakan segera.

3. Dapatkan Maklum Balas
Ada yang mengatakan bahawa maklum balas adalah resepi kejayaan. Pada permulaan perniagaan, anda harus mendapatkan maklum balas tentang semua aspek perniagaan anda. Apa kerja yang perlu di lakukan? Apakah yang tidak berfungsi? Apa perubahan dan penambahbaikan yang perlu di buat? Bertanya kepada pelanggan, pembekal, pengurus kewangan anda, dan sesiapa yang dapat memberikan perspektif yang berguna.

4. Belajar Sesuatu Yang Anda Tidak Tahu
Anda tidak boleh mengharapkan diri anda sahaja tahu semua perkara tentang aspek perniagaan, walaupun perniagaan itu kepunyaan anda sendiri. Anda perlu menganalisis kemahiran anda terlebih dahulu agar anda tahu tentang kemahiran anda atas bidang-bidang tertentu. Anda boleh belajar dan menambah pengetahuan ke atas sesuatu bidang atau kemahiran yang anda tidak tahu dengan menghadiri kursus, membaca buku serta mendapatkan nasihat dari yang berpengalaman. Ini akan menolong anda ke landasan yang betul.

5. Kekal Fokus
Elakkan diri anda dari segala gangguan agar matlamat anda mudah tercapai. Mulakan hari anda setiap hari dengan menetapkan ke dalam pemikiran bahawa anda hanya akan menumpukan kepada tugas-tugas berkaitan sahaja. Cara ini akan membantu anda lebih fokus kearah matlamat sebenar anda.

6. Ambil Risiko
Anda tidak akan mencapai apa-apa matlamat sekiranya anda belum bersedia untuk mengambil sebarang risiko dalam perniagaan. Anda tidak perlu takut kepada kegagalan kerana perniagaan yang berjaya biasanya akan gagal terlebih dahulu. Jadi, ambil risiko dalam menentukan kejayaan perniagaan anda.


7. Berfikiran Positif
Ya, perkataan yang selalu diucapkan oleh pakar-pakar motivasi dalam memotivasikan masyarakat pada hari ini. Begitu juga dalam perniagaan, berfikiran positif adalah segalanya dan juga boleh dikatakan kunci kepada kejayaan. Fahami bahawa dalam setiap masalah ada potensi yang baik dalam diri seseorang untuk dilatih dan digilap.

Pastikan anda bermula dengan betul. Belajar dari kesilapan anda sendiri ataupun dari orang lain. Untuk memulakan perniagaan tidak kira kecil atau besar mestilah ada ciri-ciri seorang yang berjaya seperti ada matlamat, ambil tindakan, dapatkan maklumbalas, belajar sesuatu perkara yang anda tidak tahu, kekal fokus, berani ambil risiko, dan sentiasa berfikiran positif. Anda sekurangnya dapat fahami apa yang perlu untuk memulakan perniagaan anda nanti.

Kebebasan Kewangan Melalui Perniagaan Internet

on Tuesday, May 14, 2013

Ramai orang berusaha mencari dan mendapatkan lebih banyak wang untuk diri mereka. Seperti sesetengah orang, mereka berpendapat dengan wang mereka boleh membeli kebahagiaan yang diimpikan. Kebahagiaan bagi mereka adalah ketenangan fikiran tanpa perlu memeningkan kepala memikirkan tentang bil yang perlu dibayar, juga tanpa perlu berhutang dengan mana-mana pihak.

Dengan kebebasan kewangan membolehkan anda membeli apa sahaja yang anda mahu dan dapat melawat ketempat-tempat yang anda mahu pergi. Wang sahaja sebenarnya tidak mencukupi untuk membuat seseorang itu gembira dengan apa yang dia miliki, tetapi sekurang-kurangnya ia juga dapat membantu.





Mendapatkan wang juga adalah sukar terutamanya bagi yang bekerja di bidang konvensional. Dengan gaji yang selalu tidak mencukupi sekadar cukup-cukup makan sahaja. Jadi itulah penyebabnya mengapa begitu ramai sekarang beralih dengan menceburi bidang perniagaan, terutama perniagaan menggunakan internet. Sekarang ramai orang menggunakan pemasaran di internet dengan mempromosikan produk mereka.

Dalam perniagaan internet, ia boleh membantu anda menjana lebih banyak wang tetapi anda haruslah terlebih dahulu mempunyai kepakaran dan ilmu yang secukupnya. Jangan pula tersalah pilihan dengan menyertai skim-skim cepat kaya. Anda boleh bermula menceburi perniagaan internet dengan kebebasan dan keselesaan di rumah anda sendiri. Walaupun ia hanyalah di internet, namun ianya tetap satu perniagaan yang sebenar dan juga sah di sisi undang-undang. Anda memerlukan banyak masa untuk berusaha membina perniagaan anda di internet. Untuk itu, terdapat beberapa tip yang sesuai yang boleh anda ikuti:

Tips Memulakan Perniagaan Internet Di Rumah

1. Tetapkan Masa Bekerja
Anda boleh bekerja pada bila-bila masa mengikut kemahuan anda sendiri tetapi adalah lebih baik anda menetapkan masa yang sesuai dengan kerja anda. Ia adalah supaya anda tidak diganggu dengan pekerjaan lain yang belum diuruskan. Jadi, penetapan masa yang sesuai adalah penting agar anda kekal fokus dalam pekerjaan anda ini. Anda juga perlu mendisiplinkan diri anda dengan mengikut masa yang telah ditetapkan itu.

2. Pilih Kawasan Kerja
Penting untuk anda memilih ruangan atau kawasan yang sesuai dalam rumah anda sebagai tempat kerja anda. Sama ada menjadikannya satu ruangan seakan pejabat peribadi anda ataupun cuma satu sudut di ruangan yang selesa untuk anda bekerja. Dengan itu, ia boleh membantu anda supaya benar-benar fokus dalam kerja yang akan dilakukan serta mengetepikan sedikit gangguan yang mungkin menjejaskan kerja anda.

3. Alatan Kerja Yang Cukup
Bekerja di internet bermakna anda memerlukan beberapa perisian penting. Perisian ini boleh didapati secara percuma dan ada juga yang berbayar. Ia perlu bagi membantu menjalankan perniagaan anda supaya kerja anda lebih kompetitif.

4. Minta Pandangan Pakar
Ramai usahawan internet yang telah berjaya juga bekerja pada niche yang sama seperti anda. Anda boleh menghubungi mereka dan mendapatkan pandangan serta nasihat dari mereka. Teruskan berhubung dengan mereka agar anda tidak terlepas info-info penting yang berguna tentang niche anda. Anda boleh belajar dari mereka dan sedikit sebanyak akan membantu dalam perniagaan anda.

5. Jaga Kesihatan
Ini mungkin lari dari topik yang dibincangkan namun ianya adalah penting bagi kejayaan perniagaan anda. Jika anda sakit tentunya akan membantutkan perjalanan perniagaan anda. Mungkin anda akan hilang fokus terhadap apa yang anda kerjakan. Jadi, pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya dan kerap lakukan senaman bagi mengimbangi tahap kesihatan anda.

Merealisasikan Peluang Perniagaan Anda

on Saturday, May 11, 2013

Peluang berniaga adalah satu keperluan asas untuk menceburi bidang perniagaan. Untuk itu anda perlu mendalami maksud peluang tersebut. Dengan itu pastinya memudahkan usahawan merealisasikan peluang perniagaan yang ada. Peluang adalah situasi di mana usahawan dapat menghimpunkan cukup modal, ilmu, serta kemahiran untuk menggabungkan teknologi dan kebolehan mengeluarkan produk atau menyediakan perkhidmatan dalam satu bidang industri. Seterusnya usahawan dapat memasarkan dan menguruskan transaksi perniagaan tersebut sehingga berkembang.


Perniagaan bukan satu situasi mudah iaitu peluang untuk buat duit tanpa memahami liku-liku bidang tersebut. Ia sebenarnya memerlukan anda membuat persiapan dan persediaan yang mantap serta menyeluruh. Rata-rata usahawan menceburkan diri dalam bidang keusahawanan tanpa persediaan yang rapi dalam merealisasikan peluang yang ada. Ini bermakna mereka perlu melihat peluang sebagai satu proses memperkembangkan ekonomi diri secara berdikari. Mereka perlu menubuhkan sebuah syarikat sendiri, menguruskan syarikat, menjalankan perniagaannya dan memperkembangkan urus niaga dalam sektor industri yang diceburi secara profesional.

Kegiatan yang tidak mencerminkan ciri-ciri usahawan perniagaan yang sebenar harus dielakkan. Ini merupakan cabaran utama kepada usahawan dalam mengenal pasti peluang yang ada. Peluang mestilah selari dengan kemampuan diri. Iaitu kemampuan untuk mengendalikan perniagaan secara berterusan dan berkekalan dalam sektor yang diceburi.

Antara ciri-ciri yang menentukan kemampuan seseorang usahawan adalah keilmuan, kemahiran, minat, sumber kewangan, tenaga, teknologi dan peralatan. Peluang tidak boleh disamakan dengan tabiat suka meniru. Iaitu satu tabiat di mana seseorang itu berniaga sesuatu dengan meniru orang lain tanpa menyelidiki ciri-ciri kemampuan diri sendiri.

Selain itu, usahawan perlu mengenal pasti peluang secara realistik. Ia seharusnya mengikut kemampuan diri dengan faktor-faktor pendorong yang menjamin pembangunan produktiviti dalam sektor yang diceburi. Sebagai contoh, sekiranya didapati tidak ada usahawan dalam bidang perniagaan internet pada ketika itu, maka sudah tentulah perniagaan internet iaitu perniagaan secara online dianggap berpotensi.

Jadi, gunakan peluang yang ada bagi merealisasikan peluang perniagaan anda. Anda perlu mengkaji secara realistik tentang pembangunan usahawan yang berkecimpung dalam perniagaan. Anda perlu melihat daripada mana datangnya peluang untuk usahawan berniaga, dan seterusnya anda perlu ambil tindakan yang sama. Dengan mengikuti langkah-langkah dan proses yang betul pastinya anda bakal menjadi seorang usahawan berjaya kelak.
 
© Peluang Perniagaan All Rights Reserved