7 Tips Memulakan Perniagaan Yang Berjaya

on Wednesday, May 15, 2013

Memulakan perniagaan yang betul-betul dapat bertapak kukuh merupakan sesuatu yang mencabar. Seseorang itu harus mempunyai ilmu yang secukupnya dalam menentukan kejayaan perniagaan mereka. Oleh itu, perlunya usaha yang berterusan agar cita-cita menubuhkan perniagaan sendiri terlaksana. Berikut adalah beberapa tips yang akan membantu menyediakan tapak asas dalam diri anda untuk memulakan perniagaan yang berjaya.


1. Ada Matlamat
Anda tahu arah tujuan perniagaan anda? Adakah anda dapat melihat masa depan perniagaan anda? Bagaimana anda dapat menentukan kejayaan perniagaan anda? Jadi anda perlu ada matlamat. Matlamat adalah di mana semuanya bermula dan merupakan asas bagi tiap-tiap kejayaan. Anda perlu menetapkan matlamat yang betul kearah kejayaan perniagaan anda kelak.

2. Ambil Tindakan
Perbezaan antara kejayaan dengan kegagalan adalah berkait rapat kepada tindakan yang anda ambil. Kebanyakan mereka yang gagal tahu apa yang perlu dilakukan tetapi tidak pernah mengambil apa-apa tindakan. Kejayaan seseorang dalam perniagaan kerana mereka mengambil tindakan segera ke atas idea-idea mereka. Jangan hanya pandai merancang tanpa tindakan segera.

3. Dapatkan Maklum Balas
Ada yang mengatakan bahawa maklum balas adalah resepi kejayaan. Pada permulaan perniagaan, anda harus mendapatkan maklum balas tentang semua aspek perniagaan anda. Apa kerja yang perlu di lakukan? Apakah yang tidak berfungsi? Apa perubahan dan penambahbaikan yang perlu di buat? Bertanya kepada pelanggan, pembekal, pengurus kewangan anda, dan sesiapa yang dapat memberikan perspektif yang berguna.

4. Belajar Sesuatu Yang Anda Tidak Tahu
Anda tidak boleh mengharapkan diri anda sahaja tahu semua perkara tentang aspek perniagaan, walaupun perniagaan itu kepunyaan anda sendiri. Anda perlu menganalisis kemahiran anda terlebih dahulu agar anda tahu tentang kemahiran anda atas bidang-bidang tertentu. Anda boleh belajar dan menambah pengetahuan ke atas sesuatu bidang atau kemahiran yang anda tidak tahu dengan menghadiri kursus, membaca buku serta mendapatkan nasihat dari yang berpengalaman. Ini akan menolong anda ke landasan yang betul.

5. Kekal Fokus
Elakkan diri anda dari segala gangguan agar matlamat anda mudah tercapai. Mulakan hari anda setiap hari dengan menetapkan ke dalam pemikiran bahawa anda hanya akan menumpukan kepada tugas-tugas berkaitan sahaja. Cara ini akan membantu anda lebih fokus kearah matlamat sebenar anda.

6. Ambil Risiko
Anda tidak akan mencapai apa-apa matlamat sekiranya anda belum bersedia untuk mengambil sebarang risiko dalam perniagaan. Anda tidak perlu takut kepada kegagalan kerana perniagaan yang berjaya biasanya akan gagal terlebih dahulu. Jadi, ambil risiko dalam menentukan kejayaan perniagaan anda.


7. Berfikiran Positif
Ya, perkataan yang selalu diucapkan oleh pakar-pakar motivasi dalam memotivasikan masyarakat pada hari ini. Begitu juga dalam perniagaan, berfikiran positif adalah segalanya dan juga boleh dikatakan kunci kepada kejayaan. Fahami bahawa dalam setiap masalah ada potensi yang baik dalam diri seseorang untuk dilatih dan digilap.

Pastikan anda bermula dengan betul. Belajar dari kesilapan anda sendiri ataupun dari orang lain. Untuk memulakan perniagaan tidak kira kecil atau besar mestilah ada ciri-ciri seorang yang berjaya seperti ada matlamat, ambil tindakan, dapatkan maklumbalas, belajar sesuatu perkara yang anda tidak tahu, kekal fokus, berani ambil risiko, dan sentiasa berfikiran positif. Anda sekurangnya dapat fahami apa yang perlu untuk memulakan perniagaan anda nanti.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Peluang Perniagaan All Rights Reserved