Perniagaan bukan satu situasi mudah iaitu peluang untuk buat duit tanpa memahami liku-liku bidang tersebut. Ia sebenarnya memerlukan anda membuat persiapan dan persediaan yang mantap serta menyeluruh. Rata-rata usahawan menceburkan diri dalam bidang keusahawanan tanpa persediaan yang rapi dalam merealisasikan peluang yang ada. Ini bermakna mereka perlu melihat peluang sebagai satu proses memperkembangkan ekonomi diri secara berdikari. Mereka perlu menubuhkan sebuah syarikat sendiri, menguruskan syarikat, menjalankan perniagaannya dan memperkembangkan urus niaga dalam sektor industri yang diceburi secara profesional.
Kegiatan yang tidak mencerminkan ciri-ciri usahawan perniagaan yang sebenar harus dielakkan. Ini merupakan cabaran utama kepada usahawan dalam mengenal pasti peluang yang ada. Peluang mestilah selari dengan kemampuan diri. Iaitu kemampuan untuk mengendalikan perniagaan secara berterusan dan berkekalan dalam sektor yang diceburi.
Antara ciri-ciri yang menentukan kemampuan seseorang usahawan adalah keilmuan, kemahiran, minat, sumber kewangan, tenaga, teknologi dan peralatan. Peluang tidak boleh disamakan dengan tabiat suka meniru. Iaitu satu tabiat di mana seseorang itu berniaga sesuatu dengan meniru orang lain tanpa menyelidiki ciri-ciri kemampuan diri sendiri.
Selain itu, usahawan perlu mengenal pasti peluang secara realistik. Ia seharusnya mengikut kemampuan diri dengan faktor-faktor pendorong yang menjamin pembangunan produktiviti dalam sektor yang diceburi. Sebagai contoh, sekiranya didapati tidak ada usahawan dalam bidang perniagaan internet pada ketika itu, maka sudah tentulah perniagaan internet iaitu perniagaan secara online dianggap berpotensi.
Jadi, gunakan peluang yang ada bagi merealisasikan peluang perniagaan anda. Anda perlu mengkaji secara realistik tentang pembangunan usahawan yang berkecimpung dalam perniagaan. Anda perlu melihat daripada mana datangnya peluang untuk usahawan berniaga, dan seterusnya anda perlu ambil tindakan yang sama. Dengan mengikuti langkah-langkah dan proses yang betul pastinya anda bakal menjadi seorang usahawan berjaya kelak.

{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment